Seminar Perrtama Tahun 2013

event4Kuala Lumpur: 16 Mac 2013 – Al Naqiy Islamic Solutions Sdn. Bhd. (Al Naqiy), telah mengadakan seminar yang pertama untuk 2013. Seminar Perancangan Kewangan Keluarga Secara Islam (SPKKSI) kali keempat ini telah diadakan dengan jayanya bertempat di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Seminar yang sememangnya mantap telah digandingkan dengan tiga orang penceramah yang hebat dalam perbankan dan kewangan Islam di Malaysia iaitu Dr. Zaharuddin Abd Rahman, Dr. Aznan Hassan dan Pn. Hajah Rohani Dato’ Shahir. Seminar yang diadakan selama satu hari ini telah membincangkan topik-topik yang sangat menarik serta penting untuk digunakan dalam kehidupan harian kita. Antara topik-topik yang disentuh adalah pengurusan harta sebagai khalifah Allah, kiraan akhirat vs. dunia, jutawan akhirat vs. dunia, tips pengurusan kewangan, kaedah kewangan, takaful & pilihan takaful yang sesuai, displin Islam dalam kewangan & perbankan, konsep pelaburan patuh shariah, pelaburan dalam pasaran saham, pelaburan REITS, kiraan perbelanjaan yang betul dan banyak lagi.

Seminar ini bertujuan mendedahkan para peserta mengenai cara-cara pengurusan harta mengikut Shariah disamping ciri-ciri penting perbankan atau hal ehwal kewangan Islam secara umum. Dengan adanya seminar ini para peserta dapat mendalami dan memahami kewangan Islam dengan lebih jelas dan secara tidak langsung mereka juga dapat menyebarkan beberapa maklumat kepada masyarakat umum akan pentingnya memahami dan mendalami ilmu kewangan Islam. Semasa seminar sedang dijalankan pelbagai soalan diajukan kepada penceramah berkaitan dengan kewangan Islam. Perkembangan positif ini dianggap telah mencapai objektif utama.

Pihak Al Naqiy sangat bersyukur dapat menganjurkan seminar  ini dengan jayanya. Pihak pengurusan juga berbesar hati menerima sebarang teguran atau cadangan yang diberikan dari mana-mana pihak agar penambahbaikan program dapat dilakukan dari masa ke semasa, Insha Allah. Dengan ini, pihak Al Naqiy berharap agar usaha seperti ini akan terus diadakan dimasa akan datang seterusnya menjadikan program-program seperti ini sebagai salah satu medan dakwah kepada masyarakat umum. Amin.

 


Comments are closed.