Kursus Perancangan Kewangan Islam

KPKI: SYABAS! KEJAYAAN KEDUA BUAT ALNAQIY

Kuala Lumpur: 10 jun 2012 – Al Naqiy Islamic Solutions Sdn Bhd telah dengan jayanya mengadakan Kursus Kewangan Islam ke – 2 bertempat di suruhanjaya sekuriti Malaysia. Kursus kali ini sememangnya lebih mantap dengan gandingan dua orang penceramah pakar dalam perbankan & kewangan islam iaitu Dr Zaharuddin Abd Rahman dan Dr Aznan Hassan yang mana Kedua- duanya merupakan Shariah Principle di AlNaqiy Islamic Solutions. Kursus yang diadakan selama satu hari ini telah menbincangkan beberapa topik menarik yang penting untuk diketahui oleh masyarakat umum di luar sana. Antara topik – topik tersebut adalah peluang pelaburan halal, saham Amanah, takaful, perbankan emas dan pelaburan emas, forex trading, Multi level marketing dan pelbagai lagi.

Kursus kali ini dinaggap sebagai kesinambungan kepada Kursus kewangan yang terdahulu dan telah dilanjutkan tempoh masanya kepada satu hari berbanding setengah hari atas permintaan ramai.  Ia telah dianggap sebagai mencapai objektif awal program dan pelbagai penambahbaikkan telah dilakukan pada kursus kali ini. Hasil daripada komentar – komentar positif peserta ternyata masih ramai masyarakat di luar sana yang mengharapkan agar program seperti ini lebih kerap diadakan. Malahan, AlNaqiy yang mensasarkan orang awam sebagai peserta juga mengaggap program ini sebagai satu wadah atau platform dakwah oleh pihak pengurusan sendiri . Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan juga telah berbincang dan berhasrat untuk mengadakan siri – siri lanjutan kepada kursus kewangan islam sebelum ini dan menjadikannya sebagai salah satu program wajib anjuran AlNaqiy. Pihak pengurusan AlNaqiy juga telah berjaya memetik beberapa video rakaman daripada para peserta yang memberikan komentar – komentar positif sepanjang program berlansung. Berikut  antara yang sempat dirakamkan pada hari program dijalankan.


Comments are closed.