Seminar Muamalat, Seminar Terakhir 2012

PETALING JAYA: 8 Disember 2012 – Al Naqiy Islamic Solutions Sdn Bhd (ANIS) dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ) dengan jayanya mengadakan Seminar Muamalat yang bertempat di Kolej MAHSA kampus Petaling Jaya. Seminar yang menampilkan Dr Zaharuddin Abd Rahman, Pn Hjh Rohani Dato’ Shahir, Ustaz Ahmad Husni Dato’ Abd Rahman dan Tn Hj Khairulazhar Samsudin sebagai barisan penceramah dilihat satu gabungan yang cukup mantap sekali. Seminar yang diadakan selama satu hari ini telah menbincangkan beberapa topik menarik yang penting untuk diketahui oleh masyarakat umum di luar sana. Antara topik-topik tersebut adalah Pengurusan Kewangan dari Perspektif Islam, Dasar Pengembalian Semula Zakat, Keberkatan Harta dan Kaedah Mendapatkannya dan pelbagai lagi.

Seminar yang pertama kali diadakan dengan kerjasama PPZ ini dianjurkan atas rasa kesedaran bahawa hal ehwal pengurusan kewangan Islam termasuklah isu-isu berkaitan zakat perlu didedahkan dan disebarluaskan untuk pengetahuan masyarakat umum.  Seminar ini  dianggap telah mencapai objektif awal program kerana kebanyakan peserta telah memberikan maklum balas positif melalui borang kaji selidik yang diberikan. Hasil daripada komentar-komentar positif peserta ini juga ternyata masih ramai masyarakat di luar sana yang mengharapkan agar program seperti ini lebih kerap diadakan. Tambahan pula, ANIS dan PPZ yang mensasarkan orang awam sebagai peserta juga menganggap program ini sebagai satu wadah atau platform dakwah oleh pihak pengurusan sendiri yang sangat berkesan. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan juga berhasrat untuk mengadakan siri-siri lanjutan kepada Seminar Muamalat ini dan menjadikannya sebagai salah satu program wajib anjuran ANIS dan PPZ, InshaAllah. Pihak pengurusan ANIS juga telah berjaya memetik beberapa video rakaman daripada para peserta yang memberikan komentar-komentar positif sepanjang program berlangsung. Berikut  antara yang sempat kami rakamkan pada hari program dijalankan.


Comments are closed.